Tuesday, February 28, 2012

Mengapa Mengeluh?

Seringkali dalam kehidupan kita seharian kita didatangi dengan pelbagai masalah dan cobaan yang tidak kita undang dan tahu akan kehadirannya. Adakalanya keadaan itu mampu membuatkan kita jatuh, lemah dan rasa tidak bermaya untuk meneruskan kehidupan.Seringkali kita putus asa dan merasa diri terlalu rendah dan tidak seperti orang lain yang hebat dan hidup gembira serta bahagia dengan keadaan sekitaran yang aman dan tenteram tanpa sebarang masalah yg besar.



Terkadang apabila kita melihat keadaan ini, lalu kita merasa yang kita ini memang tidak bernasib baik dan sudah ditakdirkan tidak merasa bahagia. tapi sampai bila kita dalam keadaan begini? Kenapa mengeluh?

Di kehidupan ini memang banyak hal-hal yang kita tidak jangka, di kala kita dalam kesempitan, kita harus kuat untuk menempuhi keadaan yang ada, keluah kita tidak akan mampu menyelesaikan masalah kita. Ayuh..!! bangkit dan berkata pada diri.. bahawa kita tidak dilahirkan sebagai si pengalah tetapi dilahirkan sebagai seorang yg kuat dan kental dalam menghadapi kenyataan, kerana hanya org yg kental dan berusaha dgn seikhlasnya akan mampu menjulang kejayaan.

Hentikan keluhan, terus bangkit dan maju kehadapan...apa pun yang terjadi harus kita syukuri..kerana Tuhan selalu memberikan yang terbaik kepada manusia yg selalu bersyukur dan tidak mudah mengalah kepada ujian2 Tuhan..

Kita mampu melakukannya..Katakan Boleh!

Salam Kejayaan..Luar Biasa!

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan Minggu Ini: