Friday, March 2, 2012

Burung Kecil Berpindah Sarang...



Seekor burung kecil sedang sibuk untuk persiapan pindah sarangnya,
dan bertemu dengan jirannya.

Jirannya bertanya: "Kamu mahu ke mana?"

Burung kecil menjawab: "Saya mahu pindah ke hutan yang berada di sebelah timur."

Jirannya bertanya lagi: "Di sini kamu hidup dengan baik, mengapa mahu pindah?"

Burung kecil pun menjawab, "Tidakkah kamu mengetahuinya, Semua orang di sini tidak suka suaraku, mereka mengatakan bahwa suara saya sangat buruk, jadi saya harus pindah sarang."

Jirannya pun berkata: "Sebenarnya kamu tidak perlu pindah, tapi kamu hanya perlu mengubah suara nyanyianmu. Jika kamu tidak mampu mengubah / memperbaiki suara ketika bernyanyi, Walaupun kamu pindah ke hutan yang berada di sebelah timur, Mereka yang di sana tetap tidak akan suka padamu."

***
Cerita di atas, mengingatkan kita bahawa dalam kehidupan sehari-hari perlu ada penilaian diri. Jangan selalu menyalahkan persekitaran kita, mauhpun mengkritik orang lain yang tidak "ngam" dengan kita, atau kita tidak "ngam" dengan orang tertentu. Sekali-sekala, kita perlu melihat ke dalam diri sendiri. Pepatah bijak mengatakan: "Betapa bernilainya kesadaran diri". Oleh kerana itu, orang yang tidak mampu menilai diri, ke mana pun orang tersebut pergi, dia akan menemukan masalah yang sama, dan akhirnya dia akan kepenatan dan tidak tahu harus pergi ke mana lagi. 

Petikan dari Cerita:  www.andriewongso.com

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan Minggu Ini: