Ada satu kisah tentang tiga orang budak sekolah ( Joe , Randy dan Jimmy) yang sangat rapat dan selalu bersama-sama dalam apa jua mereka lakukan di sekolah. Namun sayang sekali, mereka ini mempunyai banyak masalah disiplin yang dilakukan di sekolah saban hari sehingga memeningkan kepala orang tua dan guru-guru. sehingga mereka digelar pelajar yang langsung tidak punya harapan dalam masa hadapan mereka.
Suatu hari apabila merrka didapati bersalah kerana mencuri peralatan di makmal sains, guru disiplin telah membawa budak-budak ini ke pejabat pengetua. Pengetua lalu memberikan mereka nasihat dan kata-kata yang sepatutnya bagi mengubah mereka agar berubah menjadi baik dan tidak terjerumus dengan kelakuan yang tidak berdisiplin. Dua jam lamanya pengetua itu memberikan nasihat kepada mereka dengan harapan agar mereka akan berubah suatu hari nanti.
10 Tahun kemudian setelah budak-budak ini telah menjadi dewasa, ada satu hari mereka bertiga telah didapati menjadi bahan cerita dan berita hangat di surat khabar. Namun setiap mereka ini mempunyai cerita yang berbeza.
Joe, diberitakan tertangkap oleh pihak polis kerana melakukan rompakan di sebuah bank yang besar di bandaraya dan dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun. Manakala Randy pula diberitakan bergaduh dengan pihak berkuasa bandaraya kerana melakukan perniagaan haram tanpa memohon lesen perniagaan selama dia berniaga.
Jimmy pula, diberitakan menjadi pelajar terbaik di salah sebuah University Tempatan dan menerima anugerah yang tertinggi daripada University tempat dia belajar.
Persoalannya di sini, kenapa ketiga-tiga mereka ini mempunyai keadaan yang berbeza setelah mereka menjadi dewasa?
Kejadian yang berlaku hari ini sebenarnya berpunca daripada keputusan mereka 10 tahun yang lalu ketika pengetua tadi memberikan nasihat kepada mereka.
Joe, pada ketika itu langsung tidak mendengar kata-kata pengetua tadi dan dia bertekad untuk terus menjadi jahat. kerana keegoan dirinya yang tinggi maka Joe masih berada dalam kepompong lama yang menguung dirinya untuk tidak melakukan apa-apa perubahan. sehingga pada akhirnya kejahatan menguasai dirinya.
Randy, Pada ketika pengetua tadi memberi nasihat, dia menyedari bahawa dia memang salah dan perlu berubah untuk masa depan yang baik.. namun dia sedar hanya untuk seketika dan masih terpengaruh dengan Joe. dia tidak punya pendirian untuk mengubah diri dan kembali kepada kepompong lama. walaupun kesedaran tentang masa depan utnuk berusaha meningkatkan keadaan hidup tapi dia melakukannya dengan cara yang salah kerana dia terbiasa dengan pelanggaran peraturan.
Jimmy, pada ketika pengetua itu memberinya nasihat.. dia terus sedar dan merasa dirinya amat bersalah dan menderhaka kepada orang tua. Lalu dia bertekad untuk melakukan perubahan dengan merendahkan dirinya dan hatinya serendah-rendahnya untuk keluar dari kepompong keegoan dirinya dan kejahatannya. perubahan itu disusuli dengan usaha yang padau dan ikhlas sehingga dia tidak lagi berkawan dengan Joe dan Randy sebaliknya dia berkawan dengan rakan-rakan yang suka belajar. Lalu pada akhirnya dia berjaya membuktikan yang dia juga mampu menjadi yang terbaik.
Pembaca yang dikasihi..
Perubahan yang positif itu memang selalu perlu untuk kita lakukan bagi keluar dari kepompong hal-hal yang negatif. Keegooan untuk tidak berubah positif itu selalunya akan memenjarakan kita dalam kepompong hal-hal negatif. merendahkan hati tidak semestinya kita merendahkan diri kita kepada sesiapa pun..tapi ianya salah satu sifat yang terbaik dalam mengawal dan menepis sikap ego negatif kita.
Ayuh! marilah kita melihat diri kita, lupakanlah hal-hal negatif yang selalu kita lakukan dan mulai lah berubah menjadi yang lebih baik sehingga menjadi yang terbaik. semoga kehidupan kita di masa depan akan terus bersinar dengan kejayaan-kejayaan yang cemerlang.
Salam sukses!!
Vick
Tonton video berikut:
Membangunkan Kekuatan diri demi kehidupan yang lebih bermakna...
Mainkan Muzik Ketika Membaca:

Senarai Post
Popular Posts
-
Seekor burung kecil sedang sibuk untuk persiapan pindah sarangnya, dan bertemu dengan jirannya. Jirannya bertanya: "Kamu mahu ke ...
-
Sharing Motivation: Kita tahu, sebuah masalah tidak akan selesai dengan bersedih hati dan berkeluh kesah terus-menerus. Kerana sebenar...
-
Ada satu kisah tentang tiga orang budak sekolah ( Joe , Randy dan Jimmy) yang sangat rapat dan selalu bersama-sama dalam apa jua mereka laku...
-
Sering kita mendengar.. Salah satu punca kita lemah kerana kurang yakin. Tanpa keyakinan untuk mlakukan sesuatu, pasti segala yang kita m...
-
Orang selalu datang ke dalam hidup anda untuk sebuah ALASAN, MUSIM dan SEMUMUR HIDUP. Apabila anda merasai yang ianya wujud, anda tahu ba...
-
H anya satu idea untuk mencetuskan perubahan sebenar dalam hidup anda , dan di bawah ini saya kongsikan 6 daripada tip dan teknik y...
-
Kita menilai diri dari apa yang kita fikir mampu kita lakukan, padahal orang lain menilai kita dari apa yang sudah kita lakukan. Untuk itu...
-
Sally berumur 8 tahun, ketika dia mendengar orangtuanya sedang berbicara mengenai adik laki-lakinya, Georgi, yang menderita sakit parah...
-
There is no perfect answer here. Some people have known for awhile now what they really want, but just haven’t pursued it, and for them, it...
-
Seringkali dalam kehidupan kita seharian kita didatangi dengan pelbagai masalah dan cobaan yang tidak kita undang dan tahu akan kehadirannya...
Tentang Blog
Blog Motivasi ini merupakan platform kepada siapa-siapa sahaja yang ingin berkongsi motivasi dan panduan kehidupan serta spirit hidup untuk terus saling menyokong antara sesama bagi mencapai sebuah garis kehidupan yang lebih baik, bahagia, ceria dan bebas daripada tekanan. Mari berkongsi wisdom melalui blog ini. Salam sukses, salam super, Luar biasa!!!
The Simple Me

Quote of the day
BlogWalkers Area
Begin a new career with a degree from an online university or online college.
Contact Us Here
ReachLine Motivation. Powered by Blogger.
Followers
Copyright © 2011 ReachLine Motivation.
Template by New Blogger Template
0 comments:
Post a Comment